Berdasarkan pengalaman sebenar pemasangan, pentauliahan dan sokongan
Oleh Innovative Green Power (IGP)
WhatsApp: +6012 595 4786
Laman web: innovativegreenpower.com
Tujuan Panduan Ini
Kebanyakan masalah pengecasan EV bukan disebabkan pengecas rosak, tetapi akibat cara penggunaan yang salah, mematikan kuasa semasa beban, atau salah faham tingkah laku pengecasan normal.
Panduan ini membantu anda:
- Menggunakan pengecas dengan betul dan selamat
- Menghentikan pengecasan mengikut urutan yang betul
- Bertindak dengan tenang apabila berlaku masalah
- Mengetahui pihak yang perlu dihubungi supaya masalah dapat diselesaikan dengan lebih cekap
PENGGUNAAN HARIAN
1. Sebelum Sambung Pengecas
- Pastikan pengecas, kabel dan soket kering serta tidak rosak
- Hidupkan kuasa pengecas
- Tunggu status Ready / Standby
- Pastikan kenderaan dalam mod (P) dan dimatikan
2. Cara Memulakan Pengecasan
(Bergantung pada jenis pengecas)
- Pastikan pengecas dihidupkan dan berada dalam keadaan Ready
- Sambungkan kabel pengecas ke kenderaan
Pilih SATU kaedah berikut:
- Plug & Charge
Pengecasan bermula secara automatik
- Kad / RFID
Imbas kad untuk memulakan pengecasan
- Aplikasi
Mulakan pengecasan melalui aplikasi pengecas
Sahkan pengecasan pada pengecas atau skrin kenderaan.
3. Semasa Mengecas
- Kebanyakan pengecas akan melaras kelajuan sedikit — ini adalah normal
- Pengecas dengan pengurusan beban akan melaras kuasa mengikut penggunaan elektrik rumah
- Kabel mungkin terasa suam
- JANGAN matikan kuasa atau suis semasa mengecas
4. Cara Menghentikan Pengecasan (PENTING)
- Hentikan pengecasan melalui skrin kenderaan, kunci, atau aplikasi
- Tunggu sehingga pengecasan berhenti sepenuhnya
- Cabut kabel dari kenderaan
- Selepas itu sahaja, matikan kuasa pengecas jika perlu
APABILA BERLAKU MASALAH
Tidak Mula Mengecas
(Pengecas masih mempunyai kuasa)
- Periksa lampu pengecas atau notifikasi pada aplikasi
- Rujuk buku manual jika perlu
Hubungi:
- Pembekal pengecas
→ Masalah pengecas atau perisian
- Kontraktor elektrik / Installer
→ Masalah pendawaian atau pemasangan
Pengecas Tiada Kuasa
- Periksa pemutus litar (breaker)
- Tekan reset sekali sahaja
Jika breaker trip berulang:
- Hentikan penggunaan pengecas
- Hubungi kontraktor / installer
Jika rumah tiada elektrik:
- Hubungi TNB 15454
Breaker Tidak Trip Tetapi Pengecas Tiada Kuasa
- Matikan breaker pengecas
- Hubungi kontraktor elektrik
- Litar pengecas perlu diperiksa sebelum digunakan semula
HENTIKAN PENGGUNAAN SERTA-MERTA JIKA:
- Terdapat bau terbakar
- Kabel / soket / pengecas terlalu panas
(Tidak selesa disentuh dengan tangan)
- RCCB kerap trip
HUBUNGI
Masalah elektrik / pemasangan
Kontraktor / Installer
Masalah pengecas / perisian
Pembekal / Pengedar
Masalah bekalan elektrik
TNB: 15454


